Program Anak Yatim Celik IT – Minggu Kedua
19 Januari 2015 | Aktiviti Terkini
Pusat Ekonomi Digital Linggi meneruskan lagi ‘Program Anak Yatim Celik IT’bagi minggu kedua pada 17 & 18 Januari 2015 yang lalu. Program kali ini menyampaikan pengetahuan dan kemahiran asas menggunakan Micosoft Word, di mana anak-anak yatim ini berpeluang untuk belajar menaip, mengenali papan kekunci dan fungsi-fungsi antara muka (user interface) yang terdapat didalam Words 2013.
Sebagai latihan, peserta diajar untuk cara membuat dokumen dan jadual. Jadual adalah berpandukan jadual waktu sekolah tetapi ditambah sedikit elemen kreatif dengan memasukkan gambar hiasan yang mereka pilihs endiri melalui carian Google Image serta tambahan warna bagi mencantikkan lagi jadual tersebut dan membuatkan ia kelihatan menarik. Kelas yang berlansung selama 3 jam ini iaitu dari pukul 10.00 pagi hingga ke 1.00 tengahari disudahi dengan jamuan ringan buat semuap eserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: